Terdapat pelbagai jenis aksesori mesin jahit yang
boleh didapati untuk memudahkan proses jahitan. Ia datang bersama mesin
jahit iaitu tapak jahit, jarum jahit dan sekoci (bobbin).
Kebiasaannya aksesori seperti tapak jahit dan jarum yang disertakan bersama mesin jahit hanyalah untuk penggunaan biasa sahaja. Untuk teknik yang berbeza, tapak jahit yang khas untuknya perlu dibeli.
Setiap satu aksesori ini mempunyai fungsinya yang
tertentu mengikut jenis fabrik dan teknik jahitan yang akan dilakukan.
Sebagai contoh, tapak jahit yang berbeza digunakan untuk menjahit zip, membuat lubang
butang, jahitan quilting, jahitan zig-zag dan pelbagai lagi.
Jenis jarum jahit juga berbeza mengikut jenis fabrik dan ketebalannya seperti linen, cotton, jeans, flannel dan sebagainya