14 February 2018

Benang


Benang yang digunakan ialah benang biasa pelbagai kegunaan (general purpose threads). Jenis benangnya ialah cotton atau polyester.

Ia datang dalam pelbagai warna dan mempunyai ketahanan untuk digunakan dalam projek patchwork.

Jarum Jahit Tangan


Jahitan patchwork memerlukan dua jenis jarum iaitu jarum jahit biasa (sharps) dan jarum jahit sulaman.

Jarum jahit biasa (sharps) adlaah jarum yang biasa digunakan untuk jahitan tangan. Ianya bersaiz kecil dan mempunya mata bulat. Terdapat dalam saiz 1 hingga 12. Saiz yang biasa digunakan ialah 6 hingga 9.

Jarum jahit sulam pula mempunya mata yang besar untuk memudahkan benang sulang masuk melaluinya.

Jika mahu melakukan aktivti quilting, jarum quilting diperlukan. Saiznya lebih kecil dari dan halus dari jarum sharps dan sulam. Ia memudahkan proses jarum melalui lapisan quilting yang tebal.

Jarum Jahit Mesin


Saiz jarum yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan ketebalan fabrik. Semakin tebal fabrik semakin tebal jarum.

Penggunaam jarum yang tidak bersesuaian akan mendatangkan masalah semasa aktiviti menjahit seperti jarum patah.

Jarum jahit bersaiz 60 hingga 100. Saiz jarum yang biasa digunakan ialah 80/12. Saiznya boleh dilihat pada badan jarum.

13 February 2018

Tapak Jahit


Tapak jahit didatangkan sekali bersama mesin jahit. Ada pelbagai jenis dan fungsi tapak jahit.
Tapak jahit yang disertakan sekali bersama mesin jahit adalah untuk penggunaan umum.

Untuk jahitan patchwork, tapak jahit 1/4"(6mm) diperlukan untuk mendapatkan basi jahitan yang bersaiz 1/4".

Manakala tapak jahit zip diperlukan bagi menjahit zip.

Tapak jahit ini direka untuk memudahkan proses-proses menjahit mengikut fungsinya.

12 February 2018

Aksesori Mesin Jahit

Terdapat pelbagai jenis aksesori mesin jahit yang boleh didapati untuk memudahkan proses jahitan. Ia datang bersama mesin jahit iaitu tapak jahit, jarum jahit dan sekoci (bobbin). 

Kebiasaannya aksesori seperti tapak jahit dan jarum yang disertakan bersama mesin jahit hanyalah untuk penggunaan biasa sahaja. Untuk teknik yang berbeza, tapak jahit yang khas untuknya perlu dibeli.

Setiap satu aksesori ini mempunyai fungsinya yang tertentu mengikut jenis fabrik dan teknik jahitan yang akan dilakukan.

Sebagai contoh, tapak jahit yang berbeza digunakan untuk menjahit zip, membuat lubang butang, jahitan quilting, jahitan zig-zag dan pelbagai lagi.

Jenis jarum jahit juga berbeza mengikut jenis fabrik dan ketebalannya seperti linen, cotton, jeans, flannel dan sebagainya

11 February 2018

Mesin Jahit

Mesin jahit datang dalam pelbagai fungsi dan jenama. Apa yang penting mesin jahit tersebut mestilah mempunyai tiga fungsi ini; jahitan lurus, jahitan zigzag dan saiz jahitan yang boleh dilaras. Pastikan ia juga mampu menjahit lapisan kain yang tebal.

Mesin jahit mudah alih (portable) mempunyai kelebihan dalam aktiviti jahitan patchwork serta jahitan kreatif yang lain. Ia mempunyai pelbagai jenis jahitan selain dari jahitan zig-zag. Jahitan-jahitan ini membuatkan projek jahitan kelihatan unik dan menarik.

Walaubagaimanapun, ia hanyalah satu pilihan. Jahitan lurus dan jahitan zig-zag juga mampu menghasilkan produk jahitan yang menarik apabila bijak menyuai padan corak dan warna kain.

10 February 2018

Pengenalan

Sebelum memulakan aktiviti menjahit, bahan dan peralatan asas perlu ada supaya proses menjahit berjalan lancar.

Peralatan menjahit dibahagikan kepada:
·         Mesin jahit
·         Peralatan mengukur
·         Peralatan menanda
·         Peralatan memotong
·         Seterika

Bahan utama yang digunakan adalah fabrik. Bahan sampingan seperti batting, interfacing membantu menghasilkan produk jahitan lebih kemas.

Setiap bahan dan peralatan yang dijaga dan disimpan di tempat yang bersesuaian menjamin ketahanan untuk jangka masa lama.

Mempunyai bahan dan peralatan yang betul kunci untuk menikmati proses menjahit yang menyeronokkan.